Rahsia kau sangat dalam,
Semakin manusia cari, semakin dirasainya jauh,
Kau tunjuk dengan kisah mu,
Kau izin ia berlaku, maka kami hanya boleh tunduk padamu
Minta diajar teladannya, minta diberitahu hikmahnya.
Rahsia kau sangat dalam, ilmu kau meluas,
Tapi manusia biasa hanya tau titisan sahaja,
Pun begitu, manusia sukar berterusan mengenalmu,
Kerana ade saje dugaan mudah yang menyimpang kami,
Aku pula hanya boleh terusan mencuba agar tidak lari jauh.
Pengajaran kehilangan ini sangat besar buat sejagat,
Semoga menjadi peringatan,
Cara dia cara dia, cara aku cara aku, cara mereka milik mereka
Walau apa cara manusia kembali padamu
Kau saja yang tahu
Zahir untuk makhlukmu, ghaib urusan mu.
May this closure give peace to the families of mh370
No comments:
Post a Comment