Saturday, September 22, 2018

Topeng

Gembiraku, aku gambarkan menjadi wajah zahirku,
kekuatan datang diminta, dirayu
hati gagah dinobat tuhan untuk itu.

sorok dan terus sorok,
enggan dilihat orang,
kerana orang takkan boleh menolong,
dengar tapi pergi.

hati selalu memujuk,
tuhan seringkali mendengar
dan dia dengar mahukan aku bersabar.

untuk waktu itu, pasti datang.

akan kubaca puisi ini sekali lagi,
nanti..